Saturday, July 12, 2008

AKHLAK MULIA HIDUP SEJAHTERA


Kemuliaan akhlak adalah MATLAMAT UTAMA ajaran Islam: maka kita sbg seorang muslim hndklah berakhlak berdasarkn ALQURAN dan ASSUNNAH (manual kita kan)..

1. kita hndklah menjauhkn diri drpd segala perkara yang dihalang oleh ALLAH juga perkara2 yg samar2 di antara halal dn haram (syubhatla tu)

2. memelihara pndangan dri melihat perkra2 yg diharamkan oleh ALLAH.

3. memelihara lidahnya dari menutur kata2 tidak berfaedah, perbuatn2 yg buruk dn kotor, pecakapn2 kosong, mengumpat and so on..

4. bersifat pemalu dlm setiap keadaan tnpa menghalang drpd menyatakn kebenaran.

5. bersifat sabar dn berlemah lembut.

6. bersifat benar dn tidak berdusta.

7. bersifat merendahkn diri khususnya terhadap saudara2 muslim dgn cara tidak membezakan sama ada mrk kaya or miskin.

8. menjauhi sangka buruk, mengumpat dn mengintai2 keburukan org lain.

9. bersifat pemurah, sanggup berkorban dgn jiwa dn harta bendanya pd jalan ALLAH.

10. menjadikan dirinya contoh ikutan yg baik kpd org ramai.

Wallahu'alam.

Meniti Di Barzakh

Ku merintih
aku menangis
ku meratap
aku mengharap
ku meminta
dihidupkan semula
agar dapaat kembali
ke dunia nyata

perjalanan ini
melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan
penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu

tenang dan damai dipusaraku
nesan batu menjadi tugu
namun tak siapa yang tahu
resah penantianku

terbangkitnya aku
dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis
mereka yang kutingalkan

kehidupan disini
bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali oh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian disini
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih
yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad
didalam keranda kayu

ajal yang datang dimuka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali

lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup lagi
untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan
gelap pekat dipandangan

selama ini diceritakan
kini aku merasakan
di alam barzakh
jasad dikebumikan..

ZIKRULMAUT

Sekelip mata hilang segalanya
Tiada lagi senyum tawa
Tiada lagi kegembiraan bersama
Sekali pergi takkan kembali
Selamanya...
Sentiasa mengekori kita
Tiap detik tiap saat
Tak pernah lengah bertugas
Hanya masa, waktu yang
Menentukan segalanya...
Mungkinkah esok ada lagi
Bagi kita..

In The Name Of Allah

sememangnya kita ini hamba Allah..
sungguh kita ini terlalu dan amatlah lemah..
sedar tak sedar bagaikan setiap detik kita tambahkan titik hitam..
entahlah rasa berdosa sahaja setiap masa..

Ya Allah..
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kau berikanlah kekuatan kepada hamba Mu ini agar mampu menjadi khalifah yang mampu membawa jasad dan roh milik Mu ini ke dalam syurga.
Amin..